Punca Hati Mati
Oleh: Sheikh Dr. Muhammad Salah
#1 : JAUH DARIPADA KITAB ALLAH
(AL-QURAN) DAN SUNNAH RASULULLAH (SAW)
Punca terbesar kelemahan Iman,
punca No. #1 Iman kita lemah, ialah jauh daripada Al-Quran dan As-Sunnah.
Ini sebab no. 1. Ini yang akan
bunuh hati anda setiap kali tanpa gagal.
Kalau anda jauh dari Buku Allah
Subhanahu Wata’ala, maksudnya, anda tak baca Al-Quran, kalau anda tak fikirkan dan
renungkan maksud ayat-ayat Al-Quran,
anda tak hafal Al-Quran, anda tak
berusaha untuk mengaplikasikan Al-Quran
dalam hidup anda, anda tak hidupkan
Al-Quran dalam diri anda, bila macam tu, anda tak boleh nak rasa pelik bila
Iman anda makin lama makin lemah. Sebab anda tiada hubungan erat dengan Allah.
Nabi Muhammad shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda,
تَرَكْتُ فِيْكُمْ
أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا
تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا : كِتَابَ اللهِ وَ
سُنَّةَ رَسُوْلِهِ
Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya,
(iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.
*(Hadits Shahih Lighairihi, H.R.
Malik; al-Hakim, al-Baihaqi, Ibnu Nashr, Ibnu Hazm. Dishahihkan oleh Syaikh
Salim al-Hilali di dalam At Ta’zhim wal Minnah fil Intisharis Sunnah,
hlm. 12-13).
No .1 adalah kitab Allah
Subahanahu Wata’ala yang mana umpama tali.
Satu hujungnya bersama Allah Subhanahu Wata’ala, sebelah hujungnya lagi dalam
tangan anda. Selama mana anda berpegang teguh pada tali tersebut, anda takkan
sesekali tersesat. Apabila anda lepaskan tali tersebut, anda akan hilang
hubungan anda dengan Allah Subhanahu Wata’ala.
jauh dari Allah. Anda MESTI kena terus terusan berhubung dengan Allah
Subhanahu Wata’ala.
Satu-satunya cara untuk kita kenal Allah adalah melalui apa yang Allah turunkan
kepada kita tentang diri-Nya. Dan kat mana lagi kita nak cari apa yang Allah
turunkan kepada kita tentang diri-Nya melalui ayat-ayat Allah sendiri, selain
daripada kitabnya?
Al-Quran ini adalah ayat-ayat
Allah sendiri. Ini adalah sumber yang terdekat yang anda boleh dapat untuk mendekatkan
diri kepada Allah. Iaitu dengan menghubungkan diri anda kepada Allah, melalui
kitab Al-Quan-Nya. Ada orang kata, kita hubungkan diri kita dengan Allah
melalui Solat. Tapi bila kita tengok Solat, ade ke Solat yang sah tanpa
ayat-ayat Allah dalamnya? adakah Solat yang boleh sah tanpa ayat-ayat Allah dibaca
di dalamnya? Jadi anda tak boleh kata satu-satunya hubungan anda dengan Allah
adalah melalui Solat, sebab tanpa ayat-ayat Allah dalam Solat, ianya tidak akan
sah. Maka, Kitab Allah Subhanahu Wata’ala, Al-Quran, adalah yang paling
penting. Ianya adalah yang terpenting. Saya tak dapat nak tekankan
kepentingannya dengan cukup.
Kalau anda tak angkat dan baca
Al-Quran, sekurang-kurangnya sekali sehari, waktu pagi, atau waktu petang, atau
bila-bila masa, dan sekurang-kurangnya baca satu perkara yang Allah sebut di
dalamnya, dan cuba untuk memahaminya, maka anda dah kehilangan satu hubungan
yang sangat penting dengan Allah Subhanahu Wata’ala. Anda dah hilang hubungan
anda dengan Allah.
Dan jika anda baca Bahasa Arabnya
sahaja, Ma Syaa Allah, semoga Allah anugerahkan anda dengan pahala dan
ganjaranya yang besar sebagai balasan untuk setiap huruf yang and abaca. Tapi kalau
anda tak faham maksud dia, apa yang ia boleh tolong anda dalam hidup anda? Anda
tak tahu langsung pun apa yang Allah tengah bagitau pada anda. Anda sedang
sebut arahan-arahan Allah kepada anda, tapi anda sebut tanpa anda tahu apa yang
Allah cakap. Umpama anda atau saya bercakap dikhalayak ramai dengan satu bahasa
yang saya cipta. anda takkan faham apa saya cakap, anda takkan dapat manfaat
daripada apa yang saya cakap, dan saya pun tak tahu apa yang saya cakap. Anda akan
dapat kebaikan melalui bacaan anda, namun anda hanya akan dapat manfaat
daripadanya hanya melalui pemahaman maksudnya.
Maka, anda MESTI ada hubungan
dengan Allah melalui pemahaman Kitab
Al-Quran-Nya. Dan anda perlu ada hubungan dengan Allah melalui sunnah
Rasulullah (SAW). Kedua-duanya adalah mandatory. Kalau anda hilang salah satu
daripada dua ni, anda akan disumpah dengan Iman yang lemah. Saya bersumpah atas
nama Allah bahawa ianya adalah benar.
Semakin lama anda jauhkan diri
anda dari Al-Quran, anda akan lihat Iman anda semakin nazak. Sebab Kitab Allah
adalah macam minyak kereta anda. Kalau anda tak isi kereta anda dengan minyak
yang cukup SENTIASA, maka apa yang akan berlaku? Di mana anda akan tersadai di
tengah-tengah jalan? Anda takkan boleh pergi kemana-mana, sehingga anda isi
kereta anda dengan minyak semula.
Sama seperti kalau anda tak isi
hati anda dengan ayat-ayat Al-Quran, anda akan lihat hati anda semakin lama
semakin kosong. Kosong teramat kosong daripada sebarang tenaga langsung, untuk buat
Allah sayang pada anda. Bila hati anda dalam keadaan tu, apa dia tenaga yang
hati anda ada? Ia akan hanya ada banyak tenaga untuk tidak taat kepada Allah. Sebab
masa tu, hati anda akan diisi oleh SYAITAN. Syaitan yang aka nisi hati anda
dengan ragu-ragu terhadap Allah, dengan maksiat kepada Allah, dengan masalah,
dan apa-apa yang sama sifat dengan semua tu.
#2 : BERJAUHAN DARI SUASANA YANG BOLEH MENYUBURKAN IMAN
Salah satu punca yang menyebabkan
Iman melemah adalah, jauh dari SUASANA YANG MENYUBURKAN IMAN terlalu lama. Terlalu
lama berada jauh dari satu suasana yang boleh menyuburkan Iman anda, akan
menyebabkan anda terjebak dengan maksiat, akan menyebabkan anda terjebak dengan
dosa. Sebab Dosa adalah salah sau perkara yang melemahkan Iman.
Sebagai contoh, kalau anda dudu di dalam Masjid, iaitu
rumah Allah, berapa banyak kali anda terfikir untuk berbuat dosa? Sangat sikit.
Kalau anda duduk di dalam rumah Allah, dan anda dengar ayat-ayat Allah sedang
dibaca, dan zikir-zikir kepada Allah sedang berlangsung, maka minda anda akan
secara sendirinya tidak akan terfikir untuk buat dosa. Anda pada masa tu adalah
seakan-seakan telah berada di dalam syurga Allah. Tapi pada waktu anda balik ke
rumah, dan and mula buka facebook, xbox
live dan PS3 Network, terpusing-pusing hentak-hentak kaki dan semua benda
yang sama sifat dengan semua tu, apa berlaku? Anda akan mula terfikir untuk
buat perkara-perkara yang Allah larang. Syaitan
akan datang kepada anda, kemudian anda akan mula berada dalam suasana tersebut,
dan semakin lama anda berjauhan dari suasana yang menyuburkan Iman tadi, semakin
anda jadi semakin lemah dan semakin lemah dna semakin lemah.
# 3 : JAUH DARIPADA KAWAN-KAWAN
YANG SOLEH
Salah satu lagi sebab kenapa Iman
kita lemah adalah, berjauhan dari kawan yang soleh, kawan-kawan yang taat
Allah, kawan-kawan yang takut Allah. Berjauhan daripada orang-orang yang akan mengingatkan anda kepada Allah subahnahu Wata’ala.
Seperti yang disebut oleh Rasulullah (SAW).
Rasulullah bersabda:
الرَّجُلُ عَلَى
دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ
Agama
seseorang itu tergantung pada agama temannya. Oleh karena itu, salah satu di antara
kalian hendaknya memperhatikan dengan siapa dia berteman.
*HR Abu Dawud no. 4833 dan
at-Tirmidzi no. 2378. (ash-Shahîhah no. 927)
Jika orang yang anda habiskan
paling banyak masa anda bersamanya, adalah orang yang tak ingat kepada Allah,
tak mengingati Allah seperti mana anda sepatutnya mengingati Allah, maka apa
berlaku? IMAN ANDA YANG AKAN SENGSARA, kerana sekarang atau kemudian nanti,
satu perkara yang kita tahu, dalam hidup ini, sama ada anda menyampaikan da’wah,
atau anda menerima Da’wah. Anda sepatutnya
bawa kawan hidup anda lebih dekat pada Allah, atau jika anda takut Iman anda
terlalu lemah untuk lakukan sedemikian, jauhi teman tersebut.
Biar orang lain yang tarik dia
kepada Allah, sebab kalau tidak, dua-dua anda dan dia akan sama-sama terseret
ke dalam gaung kemusnahan.
# 4 : ASYIK DENGAN DUNIA
Keasyikan dengan dunia juga akan
menyebabkan kelemahan Iman. Lupa tentang alam akhirat. Lupa tentang kehidupan
selepas mati, dan keasyikan anda dengan dunia ni, akan menyebabkan Iman anda
menjadi lemah. Kenapa?
Sebab dunia ni, tidak melakukan
apa-apa kecuali dia akan sedut iman kita dengan dahsyat, tiada yang sedut
keluar Iman kita lebih dahsyat daripada Dunia ni. Ini tak bermaksud kita tak
boleh nikmati dunia ni dalam masa yang sama kita menikmati Iman. Tidak. Ini Cuma
bermaksud, dunia mestilah berpada-pada. Mesti ada keseimbangan. [5.13]
Sheikh Muhammad Salah:
Dr. Muhammad Salah adalah salah seorang Ilmuan Islam yang
dikenali ramai di US.
Beliau mengetuai Pusat Islam di Victoria, Texas dan
mengasaskan dua Sekolah Arab dan Islam bernama Iman Stems and the Muslim
Generation. Beliau juga adalah penyampai rancangan ‘Ask Huda’, satu rancangan
Fatwa yang dikenali ramai yang disiarkan
di TV Huda.
Beliau menerima Ijazah dalam Shari'ah dan Undang-undang Islam daripada Universiti Al-Azhar dan juga pemegang Ijazah dalam bidang pharmacology.
beliau juga menerima pre-master diploma dalam Islamic studies daripada the American Open University.
Beliau menerima Ijazah dalam Shari'ah dan Undang-undang Islam daripada Universiti Al-Azhar dan juga pemegang Ijazah dalam bidang pharmacology.
beliau juga menerima pre-master diploma dalam Islamic studies daripada the American Open University.