Program: MuslimSpeakers
UStaz: Sheikh Dr. Muhammad Salah
Jawapan kepada persoalan di atas:
UStaz: Sheikh Dr. Muhammad Salah
Jawapan kepada persoalan di atas:
Pagi ini, semasa saya menunaikan Solat Sunat Subuh. Saya bersumpah atas nama Allah, saya rasa seolah-seolah saya di dalam syurga. Di dalam Masjid Salahuddin, selepas azan tamat, semasa saya mengangkat Takbir “Allahu Akbar” untuk Solat sunat Fajr 2 rakaat sebelum Subuh, Hadith Nabi Muhammad (Selawat dan Salam ke atas Baginda/SAW) ini terlintas difikiran saya “2 Rakaat Sebelum Solat Subuh itu lebih baik daripada Dunia dan segala isinya” pada ketika itu, seluruh dunia dan segala isinya telah jatuh ke bawah kaki saya. Pada masa itu, tidak ada lagi sebarang keinginan terhadap dunia ini. Apabila dibandingkan 2 rakaat solat sunat sebelum subuh dengan seluruh dunia dan isinya, 2 rakaat solat sunat itu adalah jauh lebih bernilai daripada dunia dan segala apa yang ada di dalamnya. Bayangkan, jika itu adalah ganjaran untuk solat sunat, bagaimana pula ganjaran solat fardhu Subuh? Bagaimana pula solat Fardhu Subuh berjamaah? Cuba anda bayangkan, para malaikat Allah turun menunaikan Solat Subuh berjamaah bersama di bumi, dan mereka menikmati bacaan imam, sedang orang-orang Islam lalai untuk menunaikan Solat tersebut.
Ada yang Tanya pada saya, “boleh tak kalau saya solat semua 5 solat wajib tu awal-awal pagi sekaligus?”. Maha suci Allah, bila kita berbicara tentang solat wajib, saudara saudari saya sekalian, kita tidak sepatutnya melihat ia sebagai satu tanggungjawab yang perlu kita tunaikan. As-Solah adalah satu Silah, ia adalah sesuatu yang menghubungkan kita dengan Allah ‘Azzawajal.
Berapa lama anda boleh bertahan untuk tidak cas smart phone anda? Berapa lama bateri Smart Phone anda boleh bertahan? 2 jam? 3 jam? Kalau anda mula gunakan smart phone anda, selepas satu waktu apa yang anda perlu lakukan? Anda perlu cas semula (“Re-Charge it”). Pada zaman sekarang, anda bawa ‘power bank’ anda bersama anda ke mana-mana sahaja anda pergi, Betul? Kerana anda sentiasa dalam keadaan memerlukan smart phone anda. Hati kita adalah sama sahaja seperti bateri smart phone kita. Dia memerlukan untuk kita ‘Re-Charge’ dia selalu. Maha suci Allah.
Seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah (Selawat dan Salam ke atas Baginda/SAW) di dalam masjid, lelaki tersebut pernah mempunyai teman wanita sebelum dia memeluk Islam, semasa dia dalam perjalanan ke masjid, dia terserempak dengan bekas teman wanitanya dan telah bersapa dengan teman wanitanya dengan pelukan dan ciuman. Kemudian dia tersedar dan terkejut dengan perbuatannya. Dia terkejut kerana teringat bahawa sebagai seorang Muslim dia tak boleh berbuat demikian. Maka dia datang berlari kepada Rasulullah (Selawat dan Salam ke atas Baginda/SAW) dan berkata “Ya Rasulallah, saya telah melakukan satu dosa, maka ‘sucikanlah saya’, “Ya Rasulallah, Tohhirni”. Dan apabila Rasulullah (Selawat dan Salam ke atas Baginda/SAW) bertanya kepada lelaki tersebut, "apa yang kamu telah lakukan?" Maka apabila lelaki tersebut menceritakan apa yag dia telah lakukan kepada Rasulullah, Rasulullah (Selawat dan Salam ke atas Baginda/SAW) pada waktu itu tidak menerima sebarang wahyu berkenaan hukuman peluk dan cium, yang ada hanyalah hukuman had zina sahaja. Maka Rasulullah (Selawat dan Salam ke atas Baginda/SAW) hanya berdiam dan kemudian semasa Rasulullah (Selawat dan Salam ke atas Baginda/SAW) duduk di dalam masjid tersebut, Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah (Selawat dan Salam ke atas Baginda/SAW) dan menyampaikan Wahyu kepada Rasulullah (Selawat dan Salam ke atas Baginda/SAW) dengan satu ayat dalam surah Hud ayat 114.
Ayat 114 Surah Hud adalah seperti berikut:
“Dan dirikanlah solat pada dua sisi siang(pagi dan petang – Subuh, Zuhur, Asar) dan juga pada permulaan malam(maghrib dan Isya’), sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu menghapuskan kejahatan-kejahatan. Itulah peringatan bagi orang-orang yang beringat.”
Kemudian Baginda Rasulullah (Selawat dan Salam ke atas Baginda/SAW) panggil semula lelaki tersebut dan bertanya kepadanya “adakah kamu telah tunaikan Solat ‘Asar dengan berjamaah?” lelaki tersebut kata “ya” kemudian Baginda Rasulullah (Selawat dan Salam ke atas Baginda/SAW) berkata “dosa kamu telah diampunkan”.
Sayyidina Umar (RA) menyaksikan keseluruhan scenario, soalan elaki tersebut, diam baginda, turunnya Wahyu dan jawapan Baginda kepada lelaki tersebut. Umar (RA) berkata kepada Baginda Rasulullah (Selawat dan Salam ke atas Baginda/SAW), “Ya Rasulallah, adakah hukum tersebut khas utuk lelaki tersebut sahaja? Atau ianya Am untuk seluruh umat manusia?” Baginda Rasulullah (Selawat dan Salam ke atas Baginda/SAW) menjawab (mafhumnya), “Bahkan ianya adalah untuk seluruh umat manusia. Allah jauh lebih suka untuk hamba-hambaNya diampunkan dosa-dosa mereka. Solat Wajib 5 waktu, dan Solat Jumaat kepada Jumaat seterusnya, dan puasa Ramadhan kepada Ramadhan seterusnya, memadamkan segala dosa-dosa yang dilakukan di antaranya, selama mana dosa besar dijauhi ”.
Siapa yang mampu lepaskan peluang tersebut? Sekalipun jika solat itu tidak diWajibkan, dan jika didirikan, dosa-dosa kita akan diampuni, itu sahaja sepatutnya sudah cukup untuk kita dirikan solat.
Apa yang kita perlu lakukan, saudara saudari saya sekalian, adalah untuk kita tukar cara tradisi kita melihat Ibadat-ibadat yang telah ditetapkan, tukar daripada satu tanggungjawab kepada suatu hadiah daripada Allah ‘Azzawajal. Nikmati Solat itu. Tatkala kita mengangkat Takbir “Allahu Akbar” kita terputus sepenuhnya daripada seluruh Dunia, sebab kita sekarang 100% berhubung dan berkomunikasi dengan Allah ‘Azzawal.
Sheikh Muhammad Solah:
Dr. Muhammad Salah adalah salah seorang Ilmuan Islam yang dikenali ramai di US.
Beliau menerima Ijazah dalam bidang Shari'ah dan Undang-undang Islam daripada Universiti Al-Azhar dan juga pemegang Ijazah dalam bidang pharmacology.
Beliau juga menerima pre-master diploma dalam Islamic studies daripada the American Open University
Kewajiban mengganti solat
kewajiban menunaikan solat
cara mengganti solat yang lama tertinggal
wajibkah menggantikan solat yang ditinggalkan semasa jahil
soal jawab tentang mengganti solat
No comments:
Post a Comment