Pages

Sunday, January 8, 2017

BAGAIMANA NAK GANTI BANYAK SOLAT YANG DITINGGALKAN BERTAHUN-TAHUN SEMASA JAHIL?

Program: MuslimSpeakers.
Nama ustaz: Sheikh Dr. Muhamad Salah


Jawapan kepada persoalan di atas:



#1   PENDAPAT SEBILANGAN BESAR AHLI FIQAH
Semua Solat yang pernah ditinggalkan hendaklah diganti semula

Contohnya jika anda telah meninggalkan solat selama 10 tahun lamanya sebelum ini, maka anda perlu menggantikan kesemua Solat yang anda tinggalkan dalam tempoh 10 tahun tersebut. Misalnya Solat Subuh 2 rakaat, jika ditinggalkan selama 10 tahun, bilangan Solat Subuh yang perlu diganti adalah : 365 x 10 iaitu 3,650 Solat Subuh kesemuanya. Disarankan anda ganti Solat ganti tersebut selepas anda tunaikan Solat Wajib 5 waktu.
Anda perlu ada satu jadual dan anda perlu kira banyak mana anda dah ganti dan banyak mana lagi anda perlu ganti.



#2   PENDAPAT KEDUA, PENDAPAT IBNU TAIMIYAH DAN ANAK MURIDNYA, IBNU QAYYIM
Solat yang pernah ditinggalkan dalam waktu yang lama sebelum ini tidak perlu diganti semula. Cukup sekadar dia mula Solat dengan betul dan percantikkan Solatnya sehabis cantik dan memperbanyakkan solat Nawafil dan solat-solat sunat yang lain,

Hujahnya ialah:
Jika seoang Muslim tidak menunaikan Solat dalam jangka waktu yang panjang, dia telah terkeluar daripada Agama Islam. Ini adalah berdasarkan hadith yang diterima pakai. Hadithnya adalah: “Yang membezakan kita sebagai seorang Muslim dengan mereka orang-orang Kafir itu adalah Solat, barangsiapa yang meninggalkan Solat, maka dia telah menjadi Kafir”

Mengikut Hadith ini, sesiapa yang tidak menunaikan Solat Wajibnya, sama ada kerana cuai, atau malas, atau sebab lain, dalam satu jangka masa yang lama, maka orang tersebut telah kufur. Dan apabila orang terebut menyesali perbuatannya itu, dan bertaubat, dan Solat semula, maka ini bermaksud dia telah memeluk Agama Islam semula.

Bermaksud, dia tidak wajib menggantikan Solat-Solat yang dia tinggalkan semasa dia berada dalam keadaan kufur. Dan bagi orang tersebut, adalah nasihat supaya dia memperbanyakkan Solat Nawafil (Solat sunat 2 rakaat sebelum zuhur, 2 rakaat selepas zuhur, 2 rakaat selepas maghrib, 2 rakaat selepas Isyak, 2  rakaat sebelum Subuh) dan Solat-solat sunat yang lain iaitu Solat Malam, Solat Dhuha, Solat Witir dan Solat-solat sunat yang lain. Ini adalah pendapat mereka.

Maka, jika seseorang itu ingin bertaubat daripada dosa meninggalkan solat yang telah lalu selama bertahun-tahun lamanya, dengan bilangan solat yang dia tinggalkan tu terlalu banyak. dia hendaklah bertaubat memohon ampun daripada Allah ‘Azzawajal, dan Sempurnakan Solat Fardhunya bermula daripada saat dia bertaubat tersebut, cuba sedaya upaya untuk memperbanyakkan Solat Nawafil dan Solat sunat sebanyak yang mungkin.



JAWAPAN TAMAT


Sheikh Muhammad Solah:
Dr. Muhammad Salah adalah salah seorang Ilmuan Islam yang dikenali ramai di US.
Beliau mengetuai Pusat Islam di Victoria, Texas dan mengasaskan dua Sekolah Arab dan Islam bernama Iman Stems and the Muslim Generation. Beliau juga adalah penyampai rancangan ‘Ask Huda’, satu rancangan Fatwa yang dikenali ramai  yang disiarkan di TV Huda.

Beliau menerima Ijazah dalam bidang Shari'ah dan Undang-undang Islam daripada Universiti Al-Azhar dan juga pemegang Ijazah  dalam bidang pharmacology.
Beliau juga menerima pre-master diploma dalam Islamic studies daripada the American Open University




CARIAN:
Qadha' Solat
Ganti solat
Macam mana nak ganti solat dulu-dulu
Solat 5 Waktu
Kewajiban mengganti solat
kewajiban menunaikan solat
cara mengganti solat yang lama tertinggal
wajibkah menggantikan solat yang ditinggalkan semasa jahil
soal jawab tentang mengganti solat





No comments:

Post a Comment