Pages

Sunday, January 8, 2017

SAYA INGIN MASUK SYURGA BERSAMA ISTERI SAYA, TAPI ISTERI SAYA TAKNAK TUNAIKAN SOLAT 5 WAKTU. DIA KATA, DIA AKAN SOLAT BILA DIA BERSEDIA.


Program: MuslimSpeakers
UStaz: Sheikh Dr. Muhammad Salah

Jawapan kepada persoalan di atas:


Ada satu Hadith di mana Baginda Rasulullah (Selawat dan Salam ke atas Baginda/SAW) bersabda “setiap seorang umatku akan masuk syurga, kecuali orang-orang yang tak nak” para sahabat semua terkejut, siapa yang tak nak syurga Ya Rasulallah? Macam mana boleh ada orang yang tak nak syurga Allah? Baginda Rasulullah (Selawat dan Salam ke atas Baginda/SAW) jawab “sesiapa yang taat pada aku, maka dia akan masuk syurga. Sesiapa yang tidak taat padaku, maka mereka adalah orang-orang yang tidak mahu syurga”.

Kita semua mohon kepada Allah Subhanahu Wata’Ala agar memberikan saudari kita ini hidayahNya.


Dan kepada semua saudara dan saudari yang mengabaikan solat, ini adalah satu-satunya Ibadat yang jika kamu betul-betul abaikan daripada menunaikannya, boleh menyebabkan anda terkeluar daripada Agama Islam. Dan jika anda mati dalam keadaan ini, bayangkanlah, soalan yang pertama yang bakal ditanya nanti adalah, “sudahkah kamu telah menunaikan solat?” lebih baik anda sediakan jawapan anda untuk soalan tu cepat-cepat dari sekarang.


JAWAPAN TAMAT


Sheikh Muhammad Solah:
Dr. Muhammad Salah adalah salah seorang Ilmuan Islam yang dikenali ramai di US.
Beliau mengetuai Pusat Islam di Victoria, Texas dan mengasaskan dua Sekolah Arab dan Islam bernama Iman Stems and the Muslim Generation. Beliau juga adalah penyampai rancangan ‘Ask Huda’, satu rancangan Fatwa yang dikenali ramai  yang disiarkan di TV Huda.

Beliau menerima Ijazah dalam bidang Shari'ah dan Undang-undang Islam daripada Universiti Al-Azhar dan juga pemegang Ijazah  dalam bidang pharmacology.
Beliau juga menerima pre-master diploma dalam Islamic studies daripada the American Open University






carian:
Orang yang tak sembahyang
syurga untuk orang yang solat
orang tidak solat dan syurga
orang yang tidak mahu syurga
semua umat Nabi Muhammad (SAW) akan masuk syurga

No comments:

Post a Comment