Pages

Wednesday, January 11, 2017

BAGAIMANA NAK KALAHKAN JIN SYAITAN?

Speaker: Imam Karim Abu Zaid 

Jin adalah satu makhluk yang dicipta. Benar, mereka ada diberikan kuasa. Tapi sesuatu yang pasti adalah, anda boleh kalahkan mereka. Persoalannya, macam mana nak kalahkan mereka? 

Saya suka dengan apa yang Ibnu ‘Aqil sebut bahawa : “Kuasa Jin adalah pada fakta yang kita tak boleh Nampak mereka”. 

Anda sedang berperang dengan satu musuh yang anda tak boleh Nampak. Disebabkan inilah, anda perlukan satu kuasa yang juga tidak boleh dilihat. Iaitu, kuasa Allah Subahnahu Wata’ala.


“39. iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,  

40. kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka”. 

41. Allah berfirman: “Ini adalah jalan yang lurus, kewajiban Aku-lah (menjaganya). 

42. Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, Yaitu orang-orang yang sesat. 

43. dan Sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya. 

44. Jahannam itu mempunyai tujuh pintu. tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka.” (al-Hijr: 39-44) 


Saya akan kongsikan satu kisah kepada anda, satu kisah yang sangat menarik yang mana kisah ini benar-benar boleh terangkan maksud ayat 42 di atas dengan jelas. Satu kisah diceritakan oleh Al-Faraj Ibnu Al-Jauzi, yang diceritakan oleh Al-Hassan Al-Basri (RA). 

Beliau ceritakan bahawa, pada satu masa, dengan tiba-tiba, orang-orang di satu perkampungan mula menyembah sebatang pokok. Mereka percaya bahawa pokok tu ada mempunyai kuasa. Jadi mereka mula sujud dan sembah dan minta pertolongan daripada pokok tu. Seorang lelaki yang taat kepada Allah tak rasa susah, kerana orang-orang tu semua cuma orang-orang yang sekampung dengan dia.

Dah tentulah bila anda nampak orang-orang kampung anda terjebak dengan dosa dan kejahatan, lelaki tersebut tahu akan peraturan (dalam Agama Islam yang mulia) adalah, anda mesti mengajak kepada kebaikan dan melarang daripada kejahatan. Maka dia fikir, cara terbaik untuk selesaikan perkara ini tanpa perlu berdepan dengan orang-orang kampung adalah dengan pergi tebang pokok tu pada waktu malam, masa orang-orang kampung sedang tidur. 

Tujuan utamnay adalah untuk nak buktikan kepada orang-orang kampung bahawa “tengok, pokok ni tak boleh nak lindungi diri dia dari ditebang pun”. 

Maka pada malam hari, dia bawa kapak pergi kepada pokok tersebut, dan cuba anda teka dia jumpa siapa di pokok tersebut?... Syaitan. 

Salah satu kuasa Syaitan (yang direjam) adalah, mereka boleh berubah bentuk dari bentuk Syaitan (yang tidak dapat dilihat) dan menjelma menjadi bentuk manusia. Kadang-kadang mereka juga menjelma kepada bentuk ular, anjing.. 

Syaitan tersebut tanya kepada lelaki itu, “kau nak ke mana?” dia jawab, “aku nak pergi tebang pokok ni, sebab orang-orang kampung dah mula sembah pokok tu.” Syaitan kata “tidak. Kamu takkan tebang pokok ni”. Dia kata, “aku akan tebang pokok ni, tiada persoalan tentang tu.” Syaitan dan lelaki tersebut mula berbalah sesama mereka, dan kemudian mereka mula bergaduh dan bertumbuk.

Dan lelaki tersebut menang. Lelaki tersebut berjaya kalahkan Jin tadi dengan teruk. Salah satu sifat Syaitan, bila dia dikalahkan, dia tak berputus asa. (Bila dia dah kalah bertumbuk dengan lelaki tersebut), Syaitan mula gunakan taktik lain. Iaitu taktik ‘watak’. 

Syaitan kata kepada lelaki tersebut“Dengar dulu, saudaraku, kenapa kamu nak tebang pokok ni? Orang-orang kampung tu semua dah lakukan dah dosanya. Mereka dah lakukan Syirik dah. Kamu adalah orang yang taat kepada Allah, kamu berhak untuk sembah Allah dengan lebih banyak. Saya ada satu cadangan yang baik untuk kamu. Tinggalkan pokok tu, tinggalkan orang-orang kampung tu, kamu balik ke rumah kamu, tempat perlindungan kamu, dan setiap hari, aku akan letakkan 3 syiling emas dalam rumah kamu, supaya kamu boleh jaga keluarga kamu dan kamu tak perlu bekerja lagi”

Maha suci Allah, lelaki tersebut berjaya diyakinkan oleh Jin tersebut. Maka lelaki tersebut ambil keputusan untuk balik ke rumah. Malam pertama, 3 syiling emas diletakkan dalam rumah dia. Malam kedua, ada. Malam ketiga? Tak nampak satu pun syiling emas. 

Bila dah tak nampak syiling emas pada hari ketiga, Lelaki tersebut kata, “aku akan pergi semula dan tebang pokok tu”. Dia pun pergi kepada pokok tu. Dia jumpa semula Syaitan (yang direjam). Syaitan tanya dia “apa kamu nak lakukan wahai kawanku?” Lelaki tersebut kata “aku akan pergi tebang pokok tu”. Syaitan kata “tidak. Kamu takkan tebang pokok tu” Lelaki tersebut kata “ya, aku akan tebang pokok tu sekarang”. 

Mereka bergaduh semula, bertumbuk sekali lagi dan kali ini, Syaitan (yang direjam) pula yang menang. Lelaki tersebut kalah teruk kepada Syaitan kali ni. Lelaki tersebut berfikir dan tanya kepada Syaitan, “macam mana aku boleh kalahkan kau dengan teruk masa pertama kali kita bertumbuk, tetapi kali kedua ni, kau yang kalahkan aku dengan teruk?” 

Syaitan jawab “aku akan beritahu pada kau, kali pertama kau bergaduh KERANA ALLAH. KAU BUAT APA YANG KAU BUAT PADA MASA ITU, KERANA ALLAH. Maka aku tak dapat pergi hampir dengan kau. Aku tak boleh kalahkan kau. Tapi kali kedua kau bergaduh, adalah kerana syiling emas. Aku boleh kalahkan kau. Aku boleh pukul kau. Aku boleh kalahkan kau dengan teruk.” 


Ini adalah mesej saya (pada hari ini) wahai saudara dan saudari seislam saya, 

Ya. Betul, Syaitan ada kuasa. Namun kuasa mereka, bila dipadankan dengan kuasa Allah Subhanahu Wata'ala yang Maha Hebat, kuasa mereka adalah KOSONG. 

Dan ini adalah sifat ujian kita. Ini adalah ujian kita. Ini adalah tujuan kenapa kita ada kat dunia ni. Supaya kita dekatkan diri kita kepada Allah dan memilih untuk berada dengan Allah, supaya kita boleh mengalahkan Syaitan dan seluruh tenteran-tenteranya. Supaya kita boleh kalahkan Syaitan dan semua pengikut-ppengikutnya. Dan inilah sifat ujian kita. 

 TAMAT 



Imam Karim AbuZaid adalah pengarah hal ehwal agama di Al-Minhaal Academy di South Jersey dan menerajui pembinaan Colorado Pusat Komuniti Islam (Dar Al-Tauhid), sebuah kompleks baru di Aurora, Colorado, yang akan termasuk: a Masjid, Pusat Wanita, Sekolah Islam sepenuh masa untuk gred 1-12, dan kedua-dua TV dan Radio studio. Beliau adalah pemegang PhD Pengajian Islam (Asas Islam, al-Quran dan Sains Hadith) daripada Universiti Terbuka Amerika, Kaherah, Mesir. Beliau ialah seorang Hafiz Al-Qur'an dan juga seorang pengajar tentang Islam Creed "Al-Aqidah Al-Islamyiah" di Universiti Mishkah "Mishkah Universiti". Beliau juga adalah guru dengan Universiti Talian Islam, mengajar kedua-dua subjek Prinsip Hadith, dan Pengetua Tafsir. Imam Karim AbuZaid adalah tuan rumah GuideUs TV Show "Mari kita bercakap tentang hal itu", soalan dan jawapan rancangan TV siaran di Amerika Syarikat untuk 4 tahun lepas, 2010-2013. Beliau kini adalah tuan rumah "Aqidah Matters" persembahan secara langsung pada Huda TV. 

Bidang Kepakaran beliau adalah 
• Tafsir Al-Qur'an (kemahiran khas dalam menerangkan makna al-Quran) 
• Kaunseling Islam 
• Pembangunan Kepimpinan Islam 
• Pembangunan Program dan Pelaksanaan 
• Motivasi syarahan dan Pengajaran

No comments:

Post a Comment