Pages

Sunday, January 15, 2017

PUNCA HATI ANDA MATI

Punca Hati Mati
Oleh: Sheikh Dr. Muhammad Salah

#1 :   JAUH DARIPADA KITAB ALLAH (AL-QURAN) DAN SUNNAH RASULULLAH (SAW)

Punca terbesar kelemahan Iman, punca No. #1 Iman kita lemah, ialah jauh daripada Al-Quran dan As-Sunnah.

Ini sebab no. 1. Ini yang akan bunuh hati anda setiap kali tanpa gagal.

Kalau anda jauh dari Buku Allah Subhanahu Wata’ala, maksudnya, anda tak baca Al-Quran, kalau anda tak fikirkan dan renungkan maksud ayat-ayat Al-Quran, anda tak hafal Al-Quran, anda tak berusaha untuk mengaplikasikan Al-Quran dalam hidup anda, anda tak hidupkan Al-Quran dalam diri anda, bila macam tu, anda tak boleh nak rasa pelik bila Iman anda makin lama makin lemah. Sebab anda tiada hubungan erat dengan Allah.

Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا : كِتَابَ اللهِ وَ سُنَّةَ رَسُوْلِهِ
Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. 
*(Hadits Shahih Lighairihi, H.R. Malik; al-Hakim, al-Baihaqi, Ibnu Nashr, Ibnu Hazm. Dishahihkan oleh Syaikh Salim al-Hilali di dalam At Ta’zhim wal Minnah fil Intisharis Sunnah, hlm. 12-13).

No .1 adalah kitab Allah Subahanahu Wata’ala yang mana umpama tali. Satu hujungnya bersama Allah Subhanahu Wata’ala, sebelah hujungnya lagi dalam tangan anda. Selama mana anda berpegang teguh pada tali tersebut, anda takkan sesekali tersesat. Apabila anda lepaskan tali tersebut, anda akan hilang hubungan anda dengan Allah Subhanahu Wata’ala.  jauh dari Allah. Anda MESTI kena terus terusan berhubung dengan Allah Subhanahu Wata’ala.

Satu-satunya cara untuk kita kenal Allah adalah melalui apa yang Allah turunkan kepada kita tentang diri-Nya. Dan kat mana lagi kita nak cari apa yang Allah turunkan kepada kita tentang diri-Nya melalui ayat-ayat Allah sendiri, selain daripada kitabnya?

Al-Quran ini adalah ayat-ayat Allah sendiri. Ini adalah sumber yang terdekat yang anda boleh dapat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Iaitu dengan menghubungkan diri anda kepada Allah, melalui kitab Al-Quan-Nya. Ada orang kata, kita hubungkan diri kita dengan Allah melalui Solat. Tapi bila kita tengok Solat, ade ke Solat yang sah tanpa ayat-ayat Allah dalamnya? adakah Solat yang boleh sah tanpa ayat-ayat Allah dibaca di dalamnya? Jadi anda tak boleh kata satu-satunya hubungan anda dengan Allah adalah melalui Solat, sebab tanpa ayat-ayat Allah dalam Solat, ianya tidak akan sah. Maka, Kitab Allah Subhanahu Wata’ala, Al-Quran, adalah yang paling penting. Ianya adalah yang terpenting. Saya tak dapat nak tekankan kepentingannya dengan cukup.

Kalau anda tak angkat dan baca Al-Quran, sekurang-kurangnya sekali sehari, waktu pagi, atau waktu petang, atau bila-bila masa, dan sekurang-kurangnya baca satu perkara yang Allah sebut di dalamnya, dan cuba untuk memahaminya, maka anda dah kehilangan satu hubungan yang sangat penting dengan Allah Subhanahu Wata’ala. Anda dah hilang hubungan anda dengan Allah.

Dan jika anda baca Bahasa Arabnya sahaja, Ma Syaa Allah, semoga Allah anugerahkan anda dengan pahala dan ganjaranya yang besar sebagai balasan untuk setiap huruf yang and abaca. Tapi kalau anda tak faham maksud dia, apa yang ia boleh tolong anda dalam hidup anda? Anda tak tahu langsung pun apa yang Allah tengah bagitau pada anda. Anda sedang sebut arahan-arahan Allah kepada anda, tapi anda sebut tanpa anda tahu apa yang Allah cakap. Umpama anda atau saya bercakap dikhalayak ramai dengan satu bahasa yang saya cipta. anda takkan faham apa saya cakap, anda takkan dapat manfaat daripada apa yang saya cakap, dan saya pun tak tahu apa yang saya cakap. Anda akan dapat kebaikan melalui bacaan anda, namun anda hanya akan dapat manfaat daripadanya hanya melalui pemahaman maksudnya.

Maka, anda MESTI ada hubungan dengan Allah melalui pemahaman Kitab Al-Quran-Nya. Dan anda perlu ada hubungan dengan Allah melalui sunnah Rasulullah (SAW). Kedua-duanya adalah mandatory. Kalau anda hilang salah satu daripada dua ni, anda akan disumpah dengan Iman yang lemah. Saya bersumpah atas nama Allah bahawa ianya adalah benar.

Semakin lama anda jauhkan diri anda dari Al-Quran, anda akan lihat Iman anda semakin nazak. Sebab Kitab Allah adalah macam minyak kereta anda. Kalau anda tak isi kereta anda dengan minyak yang cukup SENTIASA, maka apa yang akan berlaku? Di mana anda akan tersadai di tengah-tengah jalan? Anda takkan boleh pergi kemana-mana, sehingga anda isi kereta anda dengan minyak semula.

Sama seperti kalau anda tak isi hati anda dengan ayat-ayat Al-Quran, anda akan lihat hati anda semakin lama semakin kosong. Kosong teramat kosong daripada sebarang tenaga langsung, untuk buat Allah sayang pada anda. Bila hati anda dalam keadaan tu, apa dia tenaga yang hati anda ada? Ia akan hanya ada banyak tenaga untuk tidak taat kepada Allah. Sebab masa tu, hati anda akan diisi oleh SYAITAN. Syaitan yang aka nisi hati anda dengan ragu-ragu terhadap Allah, dengan maksiat kepada Allah, dengan masalah, dan apa-apa yang sama sifat dengan semua tu.


#2 : BERJAUHAN DARI SUASANA YANG BOLEH MENYUBURKAN IMAN

Salah satu punca yang menyebabkan Iman melemah adalah, jauh dari SUASANA YANG MENYUBURKAN IMAN terlalu lama. Terlalu lama berada jauh dari satu suasana yang boleh menyuburkan Iman anda, akan menyebabkan anda terjebak dengan maksiat, akan menyebabkan anda terjebak dengan dosa. Sebab Dosa adalah salah sau perkara yang melemahkan Iman.

Sebagai contoh, kalau anda dudu di dalam Masjid, iaitu rumah Allah, berapa banyak kali anda terfikir untuk berbuat dosa? Sangat sikit. Kalau anda duduk di dalam rumah Allah, dan anda dengar ayat-ayat Allah sedang dibaca, dan zikir-zikir kepada Allah sedang berlangsung, maka minda anda akan secara sendirinya tidak akan terfikir untuk buat dosa. Anda pada masa tu adalah seakan-seakan telah berada di dalam syurga Allah. Tapi pada waktu anda balik ke rumah, dan and mula buka facebook, xbox live dan PS3 Network, terpusing-pusing hentak-hentak kaki dan semua benda yang sama sifat dengan semua tu, apa berlaku? Anda akan mula terfikir untuk buat perkara-perkara yang Allah larang. Syaitan akan datang kepada anda, kemudian anda akan mula berada dalam suasana tersebut, dan semakin lama anda berjauhan dari suasana yang menyuburkan Iman tadi, semakin anda jadi semakin lemah dan semakin lemah dna semakin lemah.


# 3  : JAUH DARIPADA KAWAN-KAWAN YANG SOLEH

Salah satu lagi sebab kenapa Iman kita lemah adalah, berjauhan dari kawan yang soleh, kawan-kawan yang taat Allah, kawan-kawan yang takut Allah. Berjauhan daripada orang-orang yang akan mengingatkan anda kepada Allah subahnahu Wata’ala. Seperti yang disebut oleh Rasulullah (SAW).
Rasulullah bersabda:
الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ
Agama seseorang itu tergantung pada agama temannya. Oleh karena itu, salah satu di antara kalian hendaknya memperhatikan dengan siapa dia berteman.
*HR Abu Dawud no. 4833 dan at-Tirmidzi no. 2378. (ash-Shahîhah no. 927)

Jika orang yang anda habiskan paling banyak masa anda bersamanya, adalah orang yang tak ingat kepada Allah, tak mengingati Allah seperti mana anda sepatutnya mengingati Allah, maka apa berlaku? IMAN ANDA YANG AKAN SENGSARA, kerana sekarang atau kemudian nanti, satu perkara yang kita tahu, dalam hidup ini, sama ada anda menyampaikan da’wah, atau anda menerima Da’wah. Anda sepatutnya bawa kawan hidup anda lebih dekat pada Allah, atau jika anda takut Iman anda terlalu lemah untuk lakukan sedemikian, jauhi teman tersebut.

Biar orang lain yang tarik dia kepada Allah, sebab kalau tidak, dua-dua anda dan dia akan sama-sama terseret ke dalam gaung kemusnahan.


# 4 : ASYIK DENGAN DUNIA

Keasyikan dengan dunia juga akan menyebabkan kelemahan Iman. Lupa tentang alam akhirat. Lupa tentang kehidupan selepas mati, dan keasyikan anda dengan dunia ni, akan menyebabkan Iman anda menjadi lemah. Kenapa?


Sebab dunia ni, tidak melakukan apa-apa kecuali dia akan sedut iman kita dengan dahsyat, tiada yang sedut keluar Iman kita lebih dahsyat daripada Dunia ni. Ini tak bermaksud kita tak boleh nikmati dunia ni dalam masa yang sama kita menikmati Iman. Tidak. Ini Cuma bermaksud, dunia mestilah berpada-pada. Mesti ada keseimbangan. [5.13]






Sheikh Muhammad Salah:
Dr. Muhammad Salah adalah salah seorang Ilmuan Islam yang dikenali ramai di US.
Beliau mengetuai Pusat Islam di Victoria, Texas dan mengasaskan dua Sekolah Arab dan Islam bernama Iman Stems and the Muslim Generation. Beliau juga adalah penyampai rancangan ‘Ask Huda’, satu rancangan Fatwa yang dikenali ramai  yang disiarkan di TV Huda.

Beliau menerima Ijazah dalam Shari'ah dan Undang-undang Islam daripada Universiti Al-Azhar dan juga pemegang Ijazah  dalam bidang pharmacology.
beliau juga menerima pre-master diploma dalam Islamic studies daripada the American Open University.

No comments:

Post a Comment